May 21, 2009

Sahabat

Rakan + Baik = Sahabat





Aku percaya kamu semua ada kawan, begitu juga aku. Tetapi tahukah kamu membezakan antara kawan dan kawan baik atau nama lainnya sahabat? Bagi aku kawan mudah dicari tetapi tidak bagi sahabat. Permulaan aku berjumpa dengan sahabat aku adalah sangat unik, sehingga aku sendiri tidak pernah menyangka dia bakal menjadi sahabat aku.

Semasa kecil aku telah berpindah dari tempat kelahiran aku ke sebuah kawasan kampung. Keadaannya begitu berbeza berbanding kehidupan aku sebelum ini, dimana aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Aku juga tidak begitu rapat dengan kawan-kawan. Sekadar berjumpa di sekolah sahaja.

Walaupun aku masih baru di sekolah itu, tetapi telah terdapat perselisihan faham antara aku dan seorang rakan. Ini telah menyebabkan berlakunya kekecohan (tahu-tahu sahajalah bagaimana keadaan lelaki bergaduh). Pada masa itu muncullah penyibuk pengadil separuh masa yang tugasnya untuk meleraikan kami. Akibat terlalu marah, aku telah melepaskan "geram" kepada salah seorang pelerai itu dan menyebabkan kecederaan pada mulutnya (aku pun tidak menyangka aku akan buat begitu ganas). Ini membuatkan rakan kelas(kebanyakkannya lelaki) marah kepada aku. Petang itu, rakan-rakan aku menyampaikan pesanan(amaran) dari ayah si "pengadil " atau namanya Ahmad(bukan nama sebenar) kepada aku.

Keesokan harinya aku telah pergi ke kedai ayah Ahmad yang juga merupakan kedai runcit utama di tempat aku. Aku (dengan muka seposen) meminta maaf darinya dan ayahnya juga pesan kepada aku agar berkawan dengan baik. Sejak dari itu, kami mula berkawan. Aku juga menjadi rapat dengan rakan(Karim juga bukan nama sebenar) yang bergaduh dengan aku pada hari itu yang juga jiran kepada Ahmad. Kami begitu rapat sehinggakan sewaktu aku ingin berpindah, keluarga mereka menawarkan aku untuk tinggal bersama mereka dan tidak berpindah.

Sewaktu memasuki sekolah menengah, aku telah bertemu dengan Ahmad kembali. Ini membuatkan kami lebih rapat. Berlajar, melepak, makan, semuanya bersama. Walaupun di sekolah kami kelihatan biasa sahaja tetapi di luar kami seperti adik-beradik. Ahmad juga sering melepak di rumah aku pada waktu cuti (kerana pada masa itu dia telah memiliki motorsikal).

Saat sedih kembali selepas kami mengambil result SPM, saat itu aku telah berpindah ke tempat asal aku. Sekali lagi kami terpisah dan tidak dapat berjumpa. Aku dapat tawaran belajar di UiTM dan mengajak Ahmad untuk melanjutkan pelajaran di tempat yang sama. Disebabkan memilih pengajian yang bebeza, Ahmad menyambung pelajaran di tempat lain tetapi di kawasan yang berdekatan dengan rumah aku(yang baru). Kami telah bercadang untuk melepak bersama pada waktu cuti.

Cuti semester untuk aku telah bermula. Selepas subuh, aku mengemas barang untuk dibawa pulang dan aku telah dapat 1 SMS dari nombor yang tidak aku kenali. "siapa dia ni? SMS aku pagi-pagi buta ni". SMS itu berbunyi " Salam, Ahmad dah takde". Aku terkejut, dan aku balas SMS itu " Wslm, sape ni? Betul ke? Sebab ape?". SMS dibalas, " ni kiela(kawan sekolah aku dulu), Ahmad kemalangan. Mak aku yang bagi tahu. Aku sibuk ni, nanti mesej lagi". Itulah berita terakhir mengenai Ahmad.

Sedihnya aku tuhan sahaja yang tahu, namun aku terpaksa redha dengan ketentuan ilahi. Hilanglah satu-satunya sahabat aku. Siapa yang ingin menjadi sahabat aku selepas ini? Moga rohnya di cucuri rahmad dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


**: hargailah rakan baik anda. [ semua nama di atas adalah bukan nama sebenar ]


Marilah dengar lagu ini. [ diambil dari blog Sya Yusof. Aku suka membuat permintaan lagu di blog Sya. Terima kasih Sya! ]


Peterpan - Tak Ada Yang Abadi [ download]

Takkan selamanya tanganku mendekapmu
Takkan selamanya raga ini menjagamu
Seperti alunan detak jantungku
Tak bertahan melawan waktu
Semua keindahan yang memudar
Atau cinta yang telah memudar
Tak ada yang abadi
Tak ada yang abadi
Tak ada yang abadi
Tak ada yang abadi
Biarkan aku bernafas sejenak
Sebelum hilang
Tak kan selamanya tanganku mendekapmu
Tak kan selamanya raga ini menjagamu
Jiwa yang lama segera pergi
Bersiaplah para pengganti

27 comments:

  1. sgt menyentuh hati.. btw, sdra uitm kampus mane?

    ReplyDelete
  2. Isk... sedih semacam jer.
    Rileks ah.. bykkan beribadat. Semua tu, tuhan nak uji kita semua.

    Jemputlah2 dtg ke blog saya.
    http://programmer-note.blogspot.com/2009/04/diclaimer.html

    PS: Followers tu dah pasang.

    ReplyDelete
  3. to Cik Kaktus : sy tolak tawaran tu.. ;D

    to Masokis : time kaseh.. ;D

    ReplyDelete
  4. moga roh 'ahmad' dicucuri rahmat.Aminn~
    hope tabah k. :)

    ReplyDelete
  5. sy ada sahabt~~hehe..windu die~~~

    ReplyDelete
  6. yanie singgah jap kat sini....
    sebagai SAHABAT BARU.....(^_^)

    ReplyDelete
  7. semua niyh dugaan kot.
    nothing happen with no reason rite?.

    okies. mari bersahabat!=D hee

    ReplyDelete
  8. menitis pulak air mata bace kisah ni .
    em ,skang ni hampir kebanyakkan blog yang wani lawat ,mesi ada kisah tentang sahabat .
    macam nk perli wani je ..
    huhu
    =(
    wani bnyk buat salah dgn kawan2 .

    ReplyDelete
  9. sabar bro.... setiap dugaan tu pasti ada hikmahnya....

    ReplyDelete
  10. ermm..teringat lak kt member2..dh la skrang cuti sem. masing2 senyap je..huhu~

    ReplyDelete
  11. to Nursyafiqah : time kaseh..

    to mrs moon : jdi lah sahabat sy.. :D [hampir2 x knal kamoo wahai cik dba]

    to [yAN!e][pUTraJAya] : trima kaseh yanie.. sahabat baru.. :D

    to sniffa93_aznil4eva : betul tu..

    to Izzati Hazwani : minx maaf la klau terase, xde niat nk perli.. cme tringat kat sahabat sy je.. :)

    to pauhputik : trime kaseh atas sokongan kamu..

    to CikOrked : hubunglah rakan anda selalu.. :D

    ReplyDelete
  12. walaupun bukan name sebenar..xemua name tuh ade kaitan degn qila..uhuhu...

    innalillahiwainlailahirajiun..

    ReplyDelete
  13. wow sedeynye kisah ni..sedekah la doa byk2 utk sahabat u tu. itu je satu2 cara utk u sentiasa ingt ur frenship..^_^

    neway..salam perkenalan..be strong!!

    ReplyDelete
  14. " bersahabatlah dgn mereka..
    yg tersenyum bila kita gembira..
    yg menjadi pengingat bila kita lupa..
    yg menjadi pengesat airmata bila kita berduka..
    "
    ~maxx256~

    ReplyDelete
  15. pehal gambar itu sesuatu jerk,,,...

    anyway, be strong...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. aku kenal sape "AHMAD "..
    oh Tuhan..
    lindungi la die..
    die la laki yg pernah hadir dlm hidupku..
    aku sgt sygkn die..
    Kau cucuri rahmat padanye

    ReplyDelete
  18. sabar je laa..
    pasti ada sahabat bg menggantikan sahabat yg lama.. cuma, masa yg menentukan segala2nya...

    ReplyDelete
  19. jika mahu bersahabat...
    belajarlah berkwana2 dahulu


    ;)

    ReplyDelete
  20. y owg nk bersedey2 sedangkn dieorg
    xknl sape laki tue..
    he's mine...n always mine 4 eva

    ReplyDelete
  21. to ファラ 'aqila : aiyo.. qiela bkn seorang.. lgi pun itu bkn nme sebenar.. hehe ;D

    to y@n@ M!B : betul tu, terima kasih.. salam perkenalan juga.

    to joegrimjow : aisey.. mcm mne bleh x prasan waktu upload pic tu dulu.. papehal pn yg pnting cerita, gmbar cuma sekadar hiasan. :)

    to Mohd Ariff : terima kasih..

    to MindHeartBodySoul : jgn hiraukan gmbar [sekadar hiasan] hehe.. terima kasih..

    to shakinah : terima kasih..

    to w a n a : ya, pasti akan ada sahabat baru.. cuma xtahu bila..

    to Bunga Binti Nordin : benar, sahabat itu bermula dari kawan..

    to ana farhana : ya, anda kenal dia.. biarkan mereka, mereka cuma memberi pandangan dan kata-kata semangat.. ;D

    ReplyDelete
  22. moga kamu tabah menghadapi dugaan ini..amin..

    ReplyDelete
  23. ah..xleh..
    ko saje2..

    da ar wat aku..
    teman2 sekalian..
    laki ni jht..
    jgn kawan

    ReplyDelete
  24. uhm..
    setiap org punya definisi tersndr ngan tntg perkataan kwn , shbt , kwn baik n so on.

    uhm ..
    hargailah setiap org d sekeliling kita .
    :)

    ReplyDelete
  25. sahabat adalah teman terbaik, saling menjaga dan percaya :D

    ReplyDelete