January 3, 2010

Cerita Kedai Kopi : Edisi 1




Entri aku tiada kena mengena dengan lagu "Cerita Kedai Kopi" dan mungkin lokasi bercerita sahaja yang sama. Dalam kemalasan kesibukan aku dengan kerja harian, dapat juga aku meluangkan masa bersama rakan + jiran di kedai makan berhampiran rumah aku. Sambil menunggu makanan yang dipesan, aku dapat mendengar beberapa pandangan mengenai isu - isu semasa yang dikemukan oleh mereka. Bagi aku apa yang diperkatakan ada benarnya dan berguna.


Semasa aku menjamu selera bersama rakan di sebuah restoran, datang seorang pakcik ( jiran di kawasan perumahan aku ) turut menumpang makan bersama kami. Pakcik itu sekadar memesan minuman dan membawa makanan sendiri iaitu nasi lemak dan kuih. Seperti biasa, pakcik itu mulakan perbualan dengan bertanya mengenai keluarga aku. Sambil berborak, dia mempelawa kami menjamu kuih yang dibawanya. Agak lama berborak tentang aku, pakcik itu kemudiannya bercerita tentang pengalamannya.

Mat Rempit

" Minggu lepas pakcik pergi ke Pulau Pinang, sampai disana sudah malam dan jalan tidak begitu sibuk. Pakcik ingatkan pakcik boleh memandu dalam keadaan tenang tetapi tidak lama selepas itu ada banyak motorsikal yang ditunggang secara laju. Dari gaya mereka pakcik yakin mereka "orang kita". Pakcik rasa kesian melihat MELAYU sekarang, seolah - olah mereka tiada masa depan. Kamu pernah nampak bangsa lain merempit? Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Bagi pakcik mereka jadi begini kerana 2 perkara, MISKIN DUIT dan MISKIN PENGETAHUAN. Orang kaya tidak akan melibatkan diri dengan perkara yang bodoh ini. Orang bijak apatah lagi! "

Itulah antara komen pakcik tersebut mengenai isu rempit. Sebenarnya panjang lagi celoteh pakcik itu tetapi memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 4.07 a.m ( waktu aku menaip entri ini ) jadi terpaksa aku post sambungannya dilain masa. Bagi aku komen itu cukup berguna. Apa pendapat kamu?




January 1, 2010

2010





Akhirnya kini telah masuk tahun 2010. Seperti biasa pada setiap tahun pasti ada azam baru, begitu juga aku. Azam pada tahun lepas tidak semua dapat aku capai tetapi aku akan teruskan juga dengan azam baru. Pada tahun ini juga genaplah aku ber blogging selama 4 tahun ( tetapi tidak begitu rajin update blog ) . Sebenarnya banyak perkara yang aku cuba post pada tahun 2009 tetapi tidak kesampaian. Semuanya aku save dan masih belum bersedia untuk aku post. Mungkin pada tahun 2010 ini akan aku keluarkan juga. Aku harap tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun - tahun yang sebelumnya. Sekian dari aku, Selamat Tahun Baru!