May 24, 2009

Pengajaran

Kesilapan mengajar aku






Pengajaran bukan untuk di sekolah atau bersama guru sahaja tetapi pelbagai perkara yang boleh memberi pengarajan kepada kita. Kebiasaannya pengajaran ini boleh kita peroleh dari kesilapan, tidak kira sama ada kesilapan dari orang lain mahupun kesilapan dari kita sendiri. Sebagai seorang manusia aku juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan aku juga telah dapat pengajarannya.


Kisah bermula...

Pada umur 16 tahun, aku sudah memiliki lesen P untuk motorsikal. Tiada lagi aku seorang diri yang berjalan kaki atau menumpang kenderaan rakan aku. Jarak perjalanan aku juga semakin jauh, sebelum ini aku hanya berkeliaran sekitar kawasan tempat tinggal aku kerana berjalan kaki agak memenatkan tetapi kini aku boleh pergi sejauh yang aku inginkan.

Aku suka memotong kenderaan yang perlahan tidak kira sama ada dari sebelah kanan mahupun kiri sehingga pada suatu ketika, aku sedang memotong sebuah lori dan aku tidak menyangka bahawa ada sebuah lagi lori yang berjalan di lorong berlawanan. Lori itu [arah berlawanan] hanya mampu memberi isyarat lampu kepada aku dan masa berlalu begitu pantas. Tiada sepatah perkataan pun yang mampu aku ucapkan ketika itu, dan....

mujurlah ruang di antara dua lori itu muat untuk aku lalui. Kejadian ini tidak memberi sebarang pengajaran kepada aku, aku masih gemar menunggang dengan cara yang berbahaya. Pada suatu malam, sewaktu ingin melitas jalan aku telah dirempuh dari belakang oleh sebuah motorsikal. Kaki aku tersepit dan terseret bersama-sama motorsikal [seperti pelumba motorsikal professional]. Apa yang aku nampak ketika itu adalah sebuah motorsikal yang telah berderai bahagian depan lampunya beserta dua orang yang terbaring di atas jalan.

Penonton di sisi jalan semakin ramai dan mereka saling berbalah untuk menentukan salah siapa[bukan nak tolong]. Diringkaskan kisah, kami yang terlibat dalam kemalangan pada malam itu semuanya cedera dengan agak teruk. Aku mula insaf untuk menunggang secara berbahaya lagi. Aku juga sudah kurang menunggang motorsikal dan kembali berjalan kaki seperti dulu.


** : cerita masih belum tamat.... nantikannya (aku pun tak tahu bila nak buat sambungannya)

15 comments:

  1. OMG~
    takotnye eksiden..
    skrg da ok ke?

    ReplyDelete
  2. pengajaran
    mmg selalu dapat bila dah lalui
    past always remind us!!

    ReplyDelete
  3. weh...biar petik?!!!!
    ermm..dasyat2....

    tu la...aku bengang ngn dak motor2
    suke3 je nak potong2 aku..
    isk....heheee..

    tapi aslkan kau selamat n x cacat..ok la tuuu..

    jgn wat lagi..
    kang kau cacat x der org mau..
    ;p

    ReplyDelete
  4. rasanye manusia bila dh kena,bru nk insaf!selagi tak rasa.........hepi go lucky je!!

    ReplyDelete
  5. aku 3 kali eksiden scoot.
    and byk kali buat silap dalam hidup..
    tp as a muslim jgn lupa kita ada Tuhan yg boleh tolong kita.

    ReplyDelete
  6. ish2..baru pas accident la nie..
    bagus la klu jalan kaki,tp tak bermakna x blh bwk motor langsung..

    relax la bro, u muda lagi,belum rase bwk kete lagi..so hati2 lah sikit bila bwk moto atau jln kaki..byk benda lagi yg u blum lalui..

    ReplyDelete
  7. pdn mke ko..
    ingt pro sgt bwk motor..
    tue pon xcdnt..
    uwek!!!!!
    meh race dgn aku..hahaha

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. tumpang lalu lalang...jemput la datang lagik.nanti bleh hidangkan donut sebijik dua...kihkihkih

    ReplyDelete
  10. panjangnya entri ni...cepat habiskan!

    :D

    ReplyDelete
  11. to [Q.e.M.a] : da ok da... cme jdi agak takut bile naik kenderaan.

    to ♥effa♥ : betul tu... ;D

    to mrs moon : cacat tu mmg xde la.. tapi still ade parut.. 0ook laa tuu [saida]

    to PenuliS : haha...bak kate pepatah, belum cuba belum tahu.. atau mungkin juga sesuai dgn "sesal dahulu pendapatan..(sambung la sendiri)

    to I_Hate_Lolipop : ya ya...smua nye sudah ditentukan..

    to helmie affandi chew : benda ni dah lama jadi.. tapi kesan [takut] tu msih ader.. moto masih boleh bawak, tapi utk kawasan² yang hari² lalu saje.

    to ana farhana : elehh.. mase ko belum tiba je.. tunggu la..

    to A.I.S.Y.I.T.E.R.U : uish..ade donut? nak²... haha..

    to IxoR@ : adui.. tade idea la nk sambung... [klau xde sambungan tu kire da abis la cite nih..hehe]

    ReplyDelete
  12. eee..
    kompem serik !
    huhu..
    tkot la ekciden2 neyh 0_-

    ReplyDelete
  13. uish..
    ckp psl xcident buat wa takootttt!

    babe, u ati2 ok..
    xyah la bwk moto laju2 sgt.....

    (paderhal wa pon ala2 merempit gak klu bwk moto...wawawa)

    ReplyDelete
  14. syukurlah..

    emmm saye pon da blaja dari kesilapan saye..
    nasib baek involve blogging jek

    hhehe

    ReplyDelete