May 15, 2009

Selamat Hari Guru : 2009




Walaupun sudah lama aku tamat zaman persekolahan tetapi jasa-jasa guru masih terpahit terpahat dalam memori aku. Berbekalkan secebis memori ini, aku ingin kongsikan kisah-kisah aku dialam persekolahan bersama guru-guru yang banyak membantu aku walau selalu kadang-kadang aku menghampakan mereka.


Cerita ini aku mulakan dengan kisah aku sewaktu di sekolah rendah. Pada ketika itu aku memang seorang yang pemalas kurang rajin dan memang nasib aku kurang baik kerana guru aku ketika itu memang suka memberikan kerja rumah yang banyak. Kebiasaannya aku akan datang ke sekolah pada awal pagi dan tujuan aku untuk meniru kerja rakan-rakan yang lain. Seperti pagi-pagi yang biasa, aku ke sekolah dengan muka yang gembira dan hanya menanti jawapan dari rakan-rakan.

Malangnya pada pagi itu cikgu aku masuk awal ke kelas dengan dilengkapi muka yang garang beserta rotan. Aku mula berharap agar guru itu lupa tentang kerja yang dibaginya tetapi ada sahaja suara sumbang yang memusnahkan harapan aku itu. " Cikgu, kerja semalam cikgu tak mahu kutip ke? " . Ingin sahaja aku menempeleng mulut yang celupar itu tetapi bagi aku pada saat-saat yang genting ini aku perlu memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

Mujurlah idea bijak aku muncul di saat-saat aku memerlukannya. Aku meletakkan kepala di atas meja sambil menutup muka. Rakan di sebelah aku [Abu (bukan nama sebenar)] pun menjadi hairan.




Abu : kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni?
Aku : aku sakit perut la.
Abu : kau pergi la ke tandas.
Aku : aku bukan nak buang air.
Abu : habis?
Aku : aku tak tahu. Perut aku senak.
Abu : kau nak aku beritahu cikgu ke?
Aku : bagus juga, lagi cepat lagi bagus. Aku dah tak tahan ni.



Abu dengan baik hatinya segera memberitahu kepada cikgu berkenaan. Cikgu memberi kebenaran kepada aku untuk ke kantin (kerana menyangka aku tidak bersarapan) dan meminta Abu untuk menemani aku. Setibanya aku ke kantin aku memberitahu perkara yang sebenar kepada Abu.



Aku : aku tak sakit apa-apa pun sebenarnya. Hehe..
Abu : habis, kenapa kau buat macam tu?
Aku : aku tak siap lagi kerja semalam. Aku takut kena marah.
Abu : eh..ada kerja ke? aku pun belum buat lagi.
Aku : jangan risau, kau duduklah dengan aku di kantin. Bila habis masa nanti,
kita balik lah ke kelas. Setuju?
Abu : Baik.



Rupa-rupanya Abu juga tidak menyiapkan kerja rumah itu. Dari kantin kami dapat menyaksikan beberapa murid yang tidak menyiapkan kerja sedang didenda. Manakala aku dan Abu bersantai di kantin sambil menikmati hidangan yang lazat (memang seronok sebab Abu belanja aku). Selepas kejadian itu aku tidak lagi meniru kerja rumah dari rakan-rakan kerana kalau "terkantoi" dengan cikgu disiplin memang bertatu la punggung aku. Pengajarannya buatlah kerja yang diberi oleh cikgu, semua itu untuk kepentingan murid juga. ;)


Selamat Hari Guru



Sekadar Gambar Hiasan




13 comments:

  1. hye..thx visiting..
    ^_^
    singgah2 la lg ea..

    ReplyDelete
  2. aku pun ada gak..
    cikgu tu ajr eng,smpai aku dpt C dlm spm.
    kebiasaannya ku FAIL slalu lebih2 dlm FORM4 msa tu,
    bile naik FORM 5,die fokus aku lebih,dan setiap test aku x FAIL dan die target aku C/B je sebab cara die ajr aku,dan aku respond ajarannya..

    huhu..PN SARJIT~

    ReplyDelete
  3. sama cam kawe zaman sekolah dulu.... x siap keje je mesti abnyak prob.... pegi kantin makan tu biasa la.... naek sekolah menengah x siap keje sekolah ponteng je.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kawe klu x siap keje sekolah pagi sblum anta awl gler smpai..mudah nak mniru..haha

    ReplyDelete
  5. hak3...kau ni~sama mcm aku.
    aku msuk bilik kaunseling 3/4 kali masa lowform n upperform~hahaha

    ReplyDelete
  6. to azri : orait..!! :)

    to dBa : baiknyer cikgu ko.. tpi cikgu aku lagi baik..hehe

    to pauhputik : aku klau time skolah menengah tak siap keje, lepak kat tandas la jwbnyer..hehe

    to Encik Azizan : kadang-kadang kawan aku pun tak siap kerja. akhirnya sama-sama ponteng kelas..hehe

    to dBa : aku pun slalu gak msuk blik kaunseling, tpi sbb nak main game je sbb kat bilik tu ade komputer(aku ahli kelab kaunseling)..hihi~

    ReplyDelete
  7. SELAMAT HARI GURU KPD SEMUA GURU DI DUNIA NIE~?!

    ReplyDelete
  8. naseb baek aku budak bijak..xperlu meniru sape..hakhakhak..(sila bwk bertenang dgn statement ini..hehe)

    ReplyDelete
  9. ooo...tipu cikgu eh?ish3...=P

    ReplyDelete
  10. hik hik...
    zaman sekolah mmg zaman paling best,kan..

    ReplyDelete
  11. cikgi2 skang pn dh ramai yg cun2...

    opppsss silap topik ^_^

    ReplyDelete
  12. to hud@-- : anda ni mmg rajin dan bijak.. hehe~

    to Reen : bkn tipu, mengelat jee..

    to Bunga Binti Nordin : zaman skolah mmg best!! ( tpi yg x best pun ade juga) :P

    to Nazra : ya..tpi klau ngorat bleh dpt ke? hoho~

    ReplyDelete
  13. haha en3 ni wat aku teringtkan zaman kanak-kanak sewaktu di tadika kemas sk jengka 18..hehehe masa mula2 kenal apa itu cikgu??

    ReplyDelete