June 13, 2009

Blog tiada manfaat.




Menulis, membaca atau terlibat dengan blog adalah tidak membawa sebarang manfaat? Dari mana datangnya pendapat sebegini? Persoalan itu diajukan kepada aku ketika sedang melayari blog. Mungkin ini adalah pendapat dia, tetapi aku mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendapat itu.



Aku tidak mahir untuk menjelaskan secara lisan kepada dia, lebih mudah jika aku nyatakan di blog sahaja. Jika (dia) masih tidak faham, bacalah berulang kali sehingga faham. Aku menulis blog hanyalah sebagai aktiviti sampingan diwaktu lapang, bukan sepenuh masa ( dah macam kerja pula ) . Mungkin anda lihat aku sering berada di hadapan komputer dan adakalanya sehingga lewat jam 1 atau 2 pagi, tetapi aku lakukan ini pada masa yang aku tidak mempunyai apa - apa aktiviti selain ini ( tidak dapat melelapkan mata ) . Aku juga merasakan adalah lebih baik pada jam 1 atau 2 pagi aku masih mengadap komputer berbanding jika pada waktu - waktu seperti itu aku masih melepak bersama rakan yang belum terjamin kebaikkannya.

Membuang masa dan tidak berfaedah? Itu cuma pandangan kamu yang hanya mahu memandang kepada perkara negatif. Jika disalah gunakan, ubat pun boleh memudaratkan kita. Lebih banyak perkara yang dapat aku pelajari melalui blog, sekurang - kurangnya aku sudah tahu meng - edit dan menggunakan blog ( walaupun tidak mahir ) berbanding kamu. Aku juga dapat mengetahui isu - isu terkini melalui blog. Hasil $$ dari blog juga ada cuma aku tidak pandai melibatkan diri ke arah itu. Menambah kenalan lagilah mudah.

Memang tidak aku nafikan bahawa ada keburukannya, tetapi ia bergantung kepada kitalah, baik cara kita gunakannya baiklah hasilnya. Hendak aku terangkan lebih lanjut, aku bukan seorang yang pakar. Cuma yang aku dapat ingatkan kepada kamu adalah aku menulis untuk mengisi masa lapang dan mungkin aku tidak ber - blog untuk selamanya, apabila tiba masanya aku akan berhenti juga.

** : kamu (dia) faham? jika tidak, bacalah lagi.. ;)





14 comments:

  1. blogg beshh la:)) tol ta?hihihi~

    ReplyDelete
  2. masing2 ada pendapat sendiri kn~

    ReplyDelete
  3. kadang2 berblog lagi berfaedah dari melepak tak tentu hala hihi... saye dh jadi addict dgn mende alah ni...

    ReplyDelete
  4. kne stick dgn niat awal kite berblogging...

    ReplyDelete
  5. blog xde manfaat utk org yg xberminat..kalo dh xminat,sume bnde xkne kan..yg penting,org yg berblog tu sndiri puas hati..pedulikan anasir2 lain :)

    ReplyDelete
  6. laen org..laen dorunk nye pendpt en.
    b'blog best kot!

    anyway epi n smile alwyz keyh!=D

    ReplyDelete
  7. Betul2, gunakanlah masa untuk perkara2 yang berfaedah.

    ReplyDelete
  8. to +MisZ NuRuL+ : ya ya..!! mmg best..

    to [Q.e.M.a] : a'ah..terpulanglah pada pendapat masing2..

    to MISZ NaNa : kite mmg bersependapat la.. ;)

    to ::@FiQ : itu mmg sebaiknya..

    to ana farhana : kpd yg berkenaan..

    to milimilo : btol tu.. itulah yg sebenarnye.. ;)

    to Amirah Abd Hamid : ape-ape aje.. tv3 ??

    to sniffa93_aznil4eva : rambut same itam, otak lain2.. hehe.. sbb tu pndapat kain2..

    to fareast : selagi baik kita gunakannya, baiklah ia... ;)

    ReplyDelete
  9. blog ade aura nye tersendiri,,tuh bg pndpt sy la,,

    ReplyDelete
  10. hanya mereka yg berfikiran negatif saja memberikan pendapat sebegitu....

    pokok pangkalnya hati...

    pada Ixora, blog ini adalah terapi dikala stress...am enjoy!

    ReplyDelete
  11. blog bez.ley ilang tensen ng berblog

    ReplyDelete
  12. itu mksdnya..org yg x pernah nk menilai erti hidup sosial dgn semua kwn2 serata dunia!!
    hmmmm

    hai !!!windu kau! =]

    ReplyDelete