May 11, 2010

Ip Man : Benar atau Rekaan ?




Sebagai peminat cerita aksi, Ip Man merupakan sebuah cerita yang menarik bagi aku. Ip Man merupakan seorang pengasas seni mempertahankan diri yang bernama Wing Chun. Beliau begitu terkenal di negara China, dan beliau bertambah terkenal kerana Bruce Lee merupakan salah seorang anak didik beliau. Tetapi disebalik kebenaran filem yang mengisahkan tentang tokoh seni bela diri ini rupanya telah ditokok tambah supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
Apabila aku membaca e-book yang bertajuk Wing Chun Dummy Techniques yang ditulis oleh anak Ip Man sendiri iaitu Ip Chun, terdapat beberapa fakta yang berlainan seperti di dalam filem. Antaranya,
  1. Didalam filem, negara China telah dijajah oleh Jepun tetapi didalam buku tersebut menyatakan negara China ketika itu dijajah komunis. Adakah adegan Ip Man berlawan dengan tentera Jepun hanya rekaan?
  2. Didalam filem, Ip Man kononnya sangat akrab dengan Bruce Lee dan Bruce Lee telah mempromosikan Wing Chung ke negara-negara barat. Tetapi didalam buku tersebut menyatakan bahawa Ip Man sangat membenci Bruce Lee sehingga tidak mahu sesiapa pun bercakap mengenai Bruce Lee dihadapan beliau. Bruce Lee juga tidak mempromosikan nama Wing Chun di barat sebaliknya lebih gemar menyebut seni bela China ( Chinese Boxing ).


Untuk mendapat info dengan lebih lanjut, kamu muat turut sahaja e-book yang bertajuk Wing Chun Dummy Techniques. Walaubagaimana pun, cerita tersebut tetap menarik, selamat menonton!

3 comments:

  1. tp movie die memg best..thumbs up!

    ReplyDelete
  2. xtau la plak. tp cter melayu pun byk rekaan jgk. hehehe

    ReplyDelete
  3. sizukaDeboss : yup.. ceritanya memang menarik tapi sayangnyer kemungkinan selepas ni pelakon cerita Ip Man bukan lagi Donnie Yen, kerana cerita tersebut telah diolah kepada pelbagai versi.

    H.R PuTeRa YuSoFF : Walaupun rekaan, tpi cerita tu menarik berbanding cerita aksi melayu. ;)

    ReplyDelete