January 20, 2012

Aku Kembali 2012

  Idea. Hah. Datang juga kau akhirnya! Hehe. Niat menulis aku mmg ada cuma kadang - kadang idea itu datang untuk jangka masa yang singkat. Kali ini apa yg aku cuba sampaikan agak berlainan dari entri entri aku yang lepas.

Sebgai kelainan, aku nak kurangkan ayat "bunga" yang mungkin terlalu panjang untuk kamu baca. Bagi aku blog ni sebagai dewan sidang yang ahlinya adalah kamu. Segala respon dari kamu, aku anggap tanda sokongan.

  Aku memang suka bercerita mengenai diri, isu semasa, atau apa sekali, namun dalam 10 individu yang ada di alam fana, belum tentu seorang pun mahu dengar. Hehe. Dan itulah kelebihan blog, yang pembacanya dari seluruh Malaysia. Tidak perlu sebarang paksaan, cukup sekadar tajuk untuk menarik pembaca. Tidak salah juga rasanya andai aku katakn kamu, sebagai kawan yang sudi mendengar celoteh aku. Semoga kamu terus "berkawan" dengan aku. Sekian, salam. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment