May 18, 2009

Sejarah Memancing Ikan

Aku Suka Memancing







Hari ini aku menjelajah ke blog lain untuk mencari idea dan agak terkejut kerana terdapat paparan blog aku di blog BUKAN KERANA NAMA. Terima kasih kepada tuan blog yang dikenali sebagai cikgu jai di shout box. Sebelum ini aku telah menceritakan minat aku terhadap ikan, kali ini aku ingin berkongsi kisah bagaimana aku mula terjebak dengan aktiviti memancing.


Sewaktu kecil, selain dari mengikuti ayah angkat aku pergi menjala, aku juga sering dipaksa mengikutinya pergi memancing. Bagi aku itulah saat yang sangat membosankan. Aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan di padang bola dan rancangan-rancangan kartun kegemaran aku. Sebaliknya aku terpaksa berkawan dengan si pacat, si lintah dan si nyamuk yang tidak pernah hilang dahaganya. Aku lihat ayah angkat aku dan juga pemancing-pemancing tegar di kawasan itu sungguh tekun memancing. Terlintas juga di fikiran aku, "apa yang seronoknya memancing ini? Cuma membazir masa sahaja,". Disebalik muka aku yang bosan, muka-muka pemancing ini sungguh keriangan terutama apabila mereka mendapat ikan.

Apabila aku berusia 9-11 tahun, ayah aku telah berpindah ke kawasan kampung. Aku yang berasa agak janggal terpaksa membiasakan diri dengan keadaan di kampung. Jika dahulu aku bersama rakan bermain bola diwaktu petang, kini aku bersama rakan baru yang sering mandi sungai dan memancing! Berbeza dengan keadaan memancing di bandar, rakan-rakan aku di sini hanya menggunakan batang ubi dan tali pancing. Ranting kayu yang kecil pula dijadikan sebagai pelampung dan kail seperti biasa.

Memandangkan memancing merupakan antara aktiviti utama bagi rakan-rakan aku di kampung, aku juga mula mengikuti mereka memancing. Mulanya agak keberatan, tetapi selepas aku diberi peluang untuk memancing, aku juga menyukainya! Ikan yang sering aku dapat ketika itu adalah ikan Sisik (betul ke nama ni?) dan ikan Talapia. Umpan yang aku sering guna adalah cacing ( aku korek di kawasan pokok pisang di tepi rumah) , anak-anak udang (tangkap di tepi sungai atau kolam) dan bancuhan dedak dan tepung. Aku jarang menggunakan umpan roti kerana ia mudah hancur di dalam air(dan lagi satu sebab kerana aku gemar makan roti). Acara yang paling seronok ketika memancing adalah ketika memanggang ikan yang kami dapat (jika di bandar, ikan akan di masak di rumah) dan kadangkala ada di antara rakan aku yang membawa nasi.

Minat aku yang semakin bertambah memaksa aku menggunakan belanja sekolah untuk membeli kelengkapan memancing iaitu tali pancing (RM1.20) dan mata kail (RM0.80). Alatan yang selebihnya aku guna bahan dari alam semula jadi (batang ubi @ buluh) atau bahan terbuang (tin minuman). Sejak itu makin bertambahlah jenis ikan yang menjadi tangkapan aku, antaranya ikan Keli, ikan Haruan, ikan Sepat, Belut dan berbagai lagi (aku dah tak ingat).

Dahulu aku tidak minat memancing kerana aku tidak mencubanya, tetapi selepas mencubanya baru aku tahu nikmat memancing ikan. Sehingga kini aku masih minat memancing walaupun jarang mendapat peluang itu(kerana sibuk). Aku juga telah memiliki 3 joran sendiri satu darinya aku beli berharga hampir RM80 dan dua lagi dihadiahkan oleh abang ipar.

Bagi sesiapa yang kata memancing itu membosankan, cuba dulu baru tahu. ;) Inilah antara ikan yang pernah aku dapat.


Ikan Keli
Ikan Talapia
Ikan Talapia Merah Belut Ikan Sepat Ikan Haruan







** : walaupun aku minat dengan ikan, tetapi minat aku terbatas terhadap Ikan Tapah kerana bapa aku berketurunan Pak Kaduk. Untuk maklumat lanjut, lihat sini --> (link 1) - (link 2)


13 comments:

  1. x ske temankan sesape g mancing.
    hahaa..
    buhsan~

    ReplyDelete
  2. haha..
    dulu pun selalu ikut ayah gi mancing..
    syok ouh..
    dpt banyak ikan..
    tapi skrg dh tak pernah

    kekeke :P

    ReplyDelete
  3. to cik jannah : klau teman jee mmg r boring..cbe la mancing skali..

    to elyass : klau nk ikut g mancing, jom le... ;D

    ReplyDelete
  4. sungguh seronok memancing..
    tp kena sabor..

    ReplyDelete
  5. waaa!!teringin nak memancing..^^

    ReplyDelete
  6. aku x suke mancing..tpi suke mkn ikan~

    ReplyDelete
  7. to Bunga Binti Nordin : memancing mmg seronok!

    to amirah PAt0SA : nak g memancing? jom la..

    to dBa : abes la hasil tangkapan aku.. hehe~

    ReplyDelete
  8. hidup pemancing! hidup pemancing!

    aktiviti wajib ni kalau balik kg..

    ReplyDelete
  9. to Mohd Afif : abis, tggu ape lagi? jom la kite g memancing.!! haha... ;)

    to amirah PAt0SA : klau nak ikut g mancing kne masak mkanan yg sdap2 utk dijadikan bekal. klau x sedap, x leh ikut.. hehe

    ReplyDelete
  10. Jenguklah ke blog saya juga sudikan ya sahabat. Terima kasih.....

    ReplyDelete
  11. pasal pancing ni aq giler betul. tapi ingat2 yer...jangan leka aq pernah hampir mati lemas pasal pancing.

    ReplyDelete
  12. Entri ni best..just to share, masa kecik2 dulu penah ter'pancing' adik sepupu (mata kail tersangkut kat mulut die), lain yang dapat.. :)

    ReplyDelete