June 7, 2009

Memalukan

Malunyer



























Sebagai seorang manusia biasa, sudah pasti aku tidak terlepas dari terlibat dengan perkara yang memalukan. Aku rasa kamu juga pernah mengalaminya bukan?



Kes 1

Semasa mengikuti lawatan sambil belajar di zaman persekolahan dahulu, aku telah terlewat sampai semasa guru memberitahu dimana bilik aku untuk menginap. Dengan berbekalkan sikap "tidak mahu bertanya" atau "suka berdikari" aku pun mencari bilik yang telah ditetapkan untuk aku. Sedang aku mencari-cari, aku terlihat sepasang selipar yang sama dengan selipar kawan aku. Aku pun buka pintu bilik tersebut dan masuk ke dalamnya dengan harapan nak tidur sekejap. Setelah aku masuk ke dalam bilik tersebut, keadaan menjadi sunyi sepi dan semua orang memandang kepadaku. Lebih kurang beberapa saat keadaan yang sunyi tadi berakhir dengan jeritan yang agak bising. Rupa-rupanya bilik yang aku masuk itu adalah tempat penginapan untuk orang perempuan. Aku dengan kadar segera keluar dari bilik itu, menutup pintu kembali dan berlalu dengan ketebalan muka seperti dinding tembok besar China [dengan harapan mereka tidak mengenali aku].


Kes 2

Adakalanya aku suka melepak bersama kawan di kawasan depan rumah aku [rumah teres]. Pada satu malam, kami sedang seronok melepak sambil bergurau senda dan tiba-tiba keadaan menjadi gelap. Aku pun terus menjerit " jangan la tutup lampu, orang tengah duduk kat luar ni! ". Kemudian kakak aku keluar dari celah pintu, " siapa yang tutup lampu? lampu memang tidak pasang pun ". Lantas aku terperasan bahawa lampu yang dipadamkan itu dari rumah jiran aku. Makcik rumah sebelah bersama anaknya keluar sambil tersenyum kepada aku.


Kalau hendak diikutkan memang banyak lagi perkara yang agak melucukan. Takut kamu sahaja yang tidak mampu membacanya. Haha.. :D


Ape ni? Haha!!


10 comments:

  1. wakaka...itu gambar memang x tahan!!! ini kes tetibe ade org tumpang motor tu tapi mmat yang bawak motor tu x perasan kot! uhuk2!!

    ReplyDelete
  2. gmbr last tue mmg ko..
    aku taw..
    yg duk blakang tue..ngee~

    ReplyDelete
  3. uiiit! huhu. tak bertamadun betul orang yang naik motosikal tu.hehe

    ReplyDelete
  4. mmg enche ni bersahaja dlm menulis. bagus! bagus! saye suke!

    ReplyDelete
  5. uit! sape blakang tuh?
    adoi.. misti semua mata memandang kat die.. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. to MISZ NaNa : mamat yg bwk moto tu perasan la.. sbb tu die pakai helmet hitam tu supaya orang x cam die.. haha.

    to ++deloOmeloO++ : tq

    to ana farhana : tu bukan aku, ko rabun kot..hehe

    to e p i x ____ : btol2.. haha

    to Cik Kaktus : trime kaseh.. ;D

    to Along Arman : ader ke org nk pandang kat die? x sanggup rasenyer..hehe ;P

    ReplyDelete
  7. peluang memiliki Account rapidshare and megauppload secara pecuma.. anda hanya perlu register di link dibawah

    http://www.freepremiumaccounts.com/?r=630224

    ReplyDelete
  8. wakaka!!nak tumpang,tumpang jela,xyah lah sampai xnak pki bju..muka xley blah jek!
    yg dok kat blakang tu girl or boy??
    tengok mke cam mawas pon ada..
    hehe=)

    ReplyDelete
  9. kah3....
    cumel la..
    mcm muke kau je tu bile kau malu..hahhahaa

    ReplyDelete