May 14, 2010

Keberanian yang hilang




Penakut? Itu bukan aku suatu masa dahulu. Tetapi sekarang susah bagi aku untuk menghadapi sesetengah perkara terutama yang berkaitan dengan jalan raya dan kelajuan. Selepas kejadian yang aku ceritakan di entri INI, aku mula menjadi trauma untuk terus menggunakan kenderaan ketika di jalan raya. Untuk melintas jalan pun aku masih teragak - agak ketika itu. Namun kelemahan ini dapat aku hadapi sedikit - demi sedikit dan kini aku sudah mampu untuk menunggang kembali. Walaupun sudah mampu menunggang, aku tetap tidak mampu untuk menjadi seberani dahulu.

Semangat aku kembali nipis kerana berlakunya kejadian INI dan masalah aku sebenarnya lebih teruk dari yang aku sangkakan, iaitu aku takut untuk menaiki kereta! Ketakutan itu bertambah jika aku duduk di bahagian hadapan atau kereta yang aku naiki dipandu laju. Mungkin ramai rakan dan keluarga aku yang tidak perasan ketakutan aku ini tetapi sebenarnya aku begitu gementar apabila menghadapi situasi tersebut. Sehinggakan kadang kala kaki aku menjadi kebas. Sekarang baru aku sedar yang keberanian aku itu tidak kekal.

Menghadapi hari - hari sebagai seorang penakut memang mencabar. Kadang kala menaiki bas pun aku terasa takut. Aku sendiri tidak pasti bila aku akan kembali seperti dahulu, mampu menunggang motorsikal dan memandu kereta. Atau lesen memandu aku hanya akan menjadi perhiasan di dalam dompet. Walaubagaimana pun, aku tetap bersyukur kerana aku tidak mengalami sebarang kecacatan. Aku harap kamu yang membaca kisah ini boleh mengambil ikhtibar. Jalan raya bukan tempat untuk menunjukkan kehebatan. Sebaik - baiknya atur perjalanan dan menggunakan had laju yang telah ditetapkan. Ingat sebelum kena!

( p/s : naik cable car pun aku takut! )

6 comments:

  1. sy ada ketakutan lain pulak.yg memang takkan penah hilang lah kot.takut kat jarum yg inject orang oleh dokter.T.T.life must go on.fighting!

    ReplyDelete
  2. kalau terjadi kat diri pun akan takut...:) satu cabaran untuk hadapi ketakutan...

    ReplyDelete
  3. ak takut ko marah matt.
    hehehehe ;P

    ReplyDelete
  4. sizukaDeboss : takut2 pn kne hdapi jgak.. hehe.. ;D

    'AQILAH : bkn mudah nk lawan ketakutan ni.. tpi nk buat cmne an? huhu

    ana : aku mmg garang tpi takot.. grr..!

    ReplyDelete
  5. takot drive..belum ape2..dh pkir mcm2..haih..bila nk pndinye kan??hu3..

    ReplyDelete
  6. PenuliS : dah jdi sesuatu la.. sbb tu takot.. lgi pn takot tu dtg sndiri.. klau main go-kart still bole lgi.. hehe ;)

    ReplyDelete